Singapura sudah terima vaksin Covid-19

a person standing in front of a building: PENGHANTARAN pertama bekalan vaksin selamat mendarat di Singapura, malam tadi. FOTO Agensi © Provided by Harian Metro PENGHANTARAN pertama bekalan vaksin selamat mendarat di Singapura, malam tadi. FOTO Agensi

Singapura: Singapura menjadi negara pertama Asia menerima vaksin Covid-19 buatan buatan Pfizer-BioNTech.

Ia selepas negara itu menerima penghantaran pertama bekalan vaksinasi itu, semalam.

Vaksin itu diterbangkan menggunakan pesawat Singapore Airlines (SIA) 747-400 yang berlepas dari Brussels pada Ahad dan mendarat di Lapangan Terbang Changi, 7.36 malam.

Bekalan vaksin itu diterima Menteri Pengangkutan, Ong Ye Kung sebelum dipindahkan ke kemudahan simpanan suhu sejuk SATS.

Bercakap kepada pemberita, Ong berkongsi hasrat negara itu untuk menjadi hab serantau bagi pengangkutan vaksin Covid-19.

Katanya, mereka percaya Singapura mempunyai kemampuan mencapai hasrat itu dan berperanan dalam membantu bekalan dan pengedaran vaksin di rantau ini.

“Saya rasa ada dua jenis penghantaran vaksin, sesetengah negara lebih suka penghantaran dilakukan secara terus kerana mereka beranggapan ia lebih pantas.

“(Namun), kita juga berperanan sebagai pusat pengedaran dan pengangkutan ke rantau ini.

“Saya percaya apabila keadaan stabil akan ada permintaan untuk kedua-duanya,” katanya seperti dipetik dalam portal CNA.

Pada 14 Disember lalu, Perdana Menteri, Lee Hsien Loong mengumumkan pihak berkuasa Singapura meluluskan penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech bagi membendung pandemik Covid-19 dan menjangkakan penghantaran pertama akan diterima akhir Disember.

Republik itu juga antara negara terawal meluluskan dan menerima vaksin Covid-19.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Source

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*